Saturday 8 August 2015

Kartunis Ujang punya perancangan susulan penutupan operasi MOY Publication
Ujang berhasrat mengukuhkan jenama Gila-Gila dalam kalangan penggemar kartun dan majalah lawak di Malaysia. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Susulan penutupan operasi syarikat penerbitan MOY Publication pada Rabu, kartunis Ujang memberitahu dia punya perancangan tersendiri untuk merancakkan semula industri majalah humor tanah air agar tidak terus berkubur.
Ujang, atau nama sebenarnya Ibrahim Anon, memberitahu Astro AWANI, dia kini sedang dalam perancangan untuk bergabung dengan beberapa kartunis terkenal demi memastikan legasi majalah humor terbitan syarikat tersebut diteruskan.
FB Ujang
Ujang bersama Jaafar Taib, peneraju Creative Enterprise Sdn Bhd yang juga merupakan penerbit majalah Gila-Gila. -Foto Facebook UjangKata Ujang, mereka akan menggunakan platform majalah Gila-Gila untuk terus aktif berkarya.
"Gila-Gila akan menjadi platform untuk kartunis terus berkarya dan kami akan menjadikan ini sebagai satu landasan untuk mengukuhkan lagi jenama Gila-Gila," katanya.
Berhubung isu hak cipta dan paten majalah itu, Ujang berkata dia perlu berbincang dengan peguamnya terlebih dahulu untuk mengetahui status isu berkenaan.
MOY Publication ialah antara syarikat terkemuka negara yang berjaya menempa nama dalam industri komik dan majalah humor sejak tahun 1993.
Selain majalah "Ujang", ia turut menerbitkan majalah "APO."

Dipetik dari http://ift.tt/1Hynjmu


from AkuBudakSeni http://ift.tt/1Hyngr1

Kartunis Ujang punya perancangan susulan penutupan operasi MOY Publication Pada 6/8/2015

Read More

Friday 31 July 2015

Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata, ok fine aku lambat review Komik ni, sebab kesibukan yang melampau, korang pun tahu yang blog aku tak bagi profit pape pun melainkan kipidap karya tempatan dari side marketing online je.

Ok aku taknak merapu, sekarang rujuk tajuk balik aku nak tulis review mengenai komik Brader ni, nama brader ni Topek, biasanya kalau nama Topek ni arabic dia mestilah taufiq hehehe

Aku ada join contest brader ni, dia kata kalau join contest tu dapat la magazine free, jadi aku pun dapatla kan. Sebab kipas punya kipas, secara peribadi aku tak pernah jumpa dia live pun sebab aku bukanlah pejalan atau hunter yang menghuntui kartunis dengan aksi menyembah atau paranoid fans.

Berikut adalah beberapa point review aku atas karya beliau:-

RAJIN

Point yang pertama ni aku bagi beliau 5/5 bintang, ekspressi aku mula buka komik dia adalah "bapak rajin brader ni!" sebab apa aku kata rajin? pertama dia buat full kartun tu lukis sendiri dari A-Z, kedua kemas, ketiga effect blambak, ke empat, karya dia realisme ala-ala manusia bukan kekartunan sangat, ke lima, korang tengok sendiri gambar kat bawah, tekan gambar untuk ke FB dia.


KEMAS

Komik Topek sangat kemas, proses peletakkan panel, penyusunan karekter, latar belakang dan effect memang menarik dan kemas. Aku rasa bilik dia mesti sangat kemas berbanding bilik aku. Dia punya lukisan aku rasa kalau letak kat web komik percuma jepun, tukar bahasa orang putih kompom tersiar punya sebab kemas dan sangatlah kemas (dah brapa kali aku tulis kemas?)

SERIUS

Komik brader Topek ni sangat serius dari segi effect movement dan effect darah, debu angin, air dan lain-lain kalau korang sekadar tengok gambar je pun korang dah rasa komik ni serius berbaur jahat, kejam, dark lagi bukan untuk adik-adik atau pun orang yang syndrome down. Boleh menyebabkan mimpi ngeri kot dia punya effect.

KELAKAR

Dont jugde comic by its drawing, walaupun point di atas aku kata serius dan menakutkan tapi sebenarnya brader ni dan komik dia mempunyai nilai humor yang terbaik gak. Aku tak tau kenapa nama engineer tu jenama kasut.. kenapa bukan jenama air gas atau jenama laptop? maybe dia peminat kasut. Korang patut beli woi, serius kelakar.. Aku gelak.. ko ingat senang ke nak buat aku gelak.. serius.. aku manusia yang serius sebab aku peminat muzik sarkas.

BERBAKAT

Topek sangat berbakat, aku tak mampu lukis macam dia, orang lidi aku mampu la lukis. Dia mempunyai bakat yang orang lain ada bakat pun boleh kalah.. iaitu point yang pertama RAJIN. Senang cerita brader ni rajin lah! Aku kata RAJIN!!! (Sambil cekik leher korang dan goncang goncang bagi memahamkan korang)

CADANGAN

Aku takde cadangan untuk ko Topek tapi aku mencadangkan untuk korang beli komik ni. BELI! Woi!!! beli la! ok.. aku rasa teknik jualan kasar macam ni takkan menyebabkan orang beli..

Please beli 1 jilid dan rasai pengalaman membaca aku engineer karya Topek, mungkin anda mempunyai jiwa yang sesuai untuk komik ni.

Sebarang pembelian boleh di lakukan disini


SUPPORT INDUSTRI INDIE DAN KOMIK MALAYSIA!


from AkuBudakSeni http://ift.tt/1Ix4uoQ

AKU ENGINEER OLEH TOPEK, REVIEW OLEH AKUBUDAKSENI

Read More

Tuesday 14 July 2015

SENI HOBI ATAU KERJAYA?

Persoalan yang keluar dari kepala. Berapa ramai yang menjadikan seni sebagai kerjaya? Hobi tak payah cakap, memang ramai menjadikan seni sebagai hobi. Tak kisahlah seni cabang mana pun.

Kenyataan disini, Bukan senang nak menjadikan seni sebagai kerjaya tetapi menjadikan seni sebagai hobi, itu biasa.

APA YANG ANDA PERLU UNTUK MENJADIKAN SENI SEBAGAI KERJAYA


  1. Pertama sekali, RAJIN.. korang ada tak RAJIN ni? Korang kene tahu dalam bidang seni, basic dia adalah MENCIPTA, maksudnya disini, anda perlu mempunyai kemahiran mencipta produk. Macam mana anda ingin menjadikan kerjaya dah nama pun KERJA JAYA maksudnya ia haruslah mampu memberi pendapatan kepada anda, dan untuk menjana pendapatan anda perlulah memiliki sesuatu yang boleh dijual.

    Adakah produk anda boleh dijual? mungkin... kita sambung persoalan itu kemudian. Jawab dulu persoalan yang pertama.

    ADAKAH ANDA CUKUP RAJIN? kalau ada, maka luluslah 1 peringkat untuk menjadikan Seni sebagai kerjaya.. kalau takde RAJIN maka seni anda adalah hobi semata-mata.

  2. Kedua, SUDAH MEMPUNYAI NAMA? Ni bukan nak bagi nama korang kepada sayur-sayuran tau, (macam kartunis) tapi maksud soalan diatas adalah, sudahkah nama anda dikenali sebagai seorang pengeluar karya seni? Ini juga berkaitan dengan network dan teori JOHARI Window, bukan JOHARA pagi di era, tapi JOHARI (takde masa nak explain cari google).  Di mana, orang kenal anda sebagai apa dan anda nak orang kenal anda sebagai apa?

    Dia macam domain website la, orang pergi kat MUDAH.MY tu sebab nama tu ada macam-macam barang.

    Jadi reason kenapa orang mahu cari anda kene ada juga jadi itu sudah masuk list no 3
  3. Ketiga, PUNYAI IDENTITI SENDIRI. Orang takkan beli benda yang cliche' kecuali anda seorang budak graphic, pelanggan anda cenderung untuk membeli benda yang ada dalam kepala diorang, dan benda yang dalam kepala diorang adalah base apa yang mereka nampak. Client korang tu bukannya artis pun, dia tak berupaya imagine sama macam korang. Ok stop kutuk client, nanti client aku lari.

    Maka, aku tanya balik soalan yang sama, APASAL ORANG CARI KORANG? mestilah korang anda identiti sendiri.

    Seperti contoh Aku Napie kenapa orang sibuk cari Aku Napie? sebab komik Indie. Beliau ni terkenal dengan komik indie, kebangkitan komik style Zine tapi lebih kearah moden, sebab dulu zine macam cakar ayam, sekarang ni adik korang pun dah pandai photoshop maka produk lebih power la.

    Contoh ke dua ZAHURI HARUN, kenapa orang cari Zahuri Harun? Sebab dia mempunyai skill untuk membuat momento atau merakam suasana dalam bentuk sketch yang detail, tak taulah dia ni alien tanah melayu ke hape, tapi dia berjaya create identiti yang orang lain rasa tak semua orang ada, maybe jugak dia otai dah.

    Atau Kartunis Ujang atau Dato Lat, aku taknak kupas panjang, sebab aku tak jumpa diorang lagi.. yang aku explain panjang tu dalam list kawan, kira aku promote la ni. Yang otai atas berdua tu, kartunis yang aku suka je, tapi takde kesempatan nak jumpa, maklum lah dah kawin, aku sayang bini lebih hahahaha jadi kalau Ujang ngan Dato Lat nak aku review (dan aku rasa diorang kisah ape blogger macam aku ni) meh la kita mengopi.

    Berbalik pada Tajuk, maksud aku mereka-mereka ini ada identiti.

  4. Ke-empat, SANGGUP AMBIL RISIKO. Ha! korang dah bersedia ke tak dapat makan sebulan kalau takde orang demand seni ko tu? kalau tak sedia, jom apply kerja kat 7eleven, aku ada nampak open job tadi kat seksyen 9.

    Kalau 3 perkara kat atas tu takde pada korang, membuat karya seni adalah risiko yang perlu korang telan.

    Semasa aku berjuang secara seniman Indie dulu (Sekarang aku kerja kat company, aku sayang bini wooo mana boleh aku berjuang kalau bini aku tak dapat keperluan) sebulan paling banyak jualan karya aku RM500 je, hal ini sebab 3 perkara di atas aku takde sangat.

    Dan aku juga seorang Multi Task punya orang, Kalau korang multi tasking punya orang.. aku rasa agak susah juga korang nak jadikan seni sebagai kerjaya sebab korang terlalu sibuk.

    Jadi kepada multi-tasker! Korang jadikan seni tu hobi jela, kecuali korang sanggup ambil risiko dan hidup bujangs hehehehe
  5. Ke-Lima, MARKETING! Ni penentu karya korang untuk dapat duit, korang ingat senang ke nak jadi artis? korang kalau dah nama ARTIS kompom bodoh punya kat bahagian Sale dan Marketing. Aku berani kerat jari (kecuali korang otai), korang sendiri pun tak tahu nilai karya korang kan?

    Aku pun bodoh gak, tak tahu nilai karya aku, tapi aku belajar dari pelanggan. Dalam tempoh 3 tahun, aku banyak belajar dari apa yang client mampu bayar untuk karya aku.

    Itu tertakluk juga pada identiti dan cantik atau tak karya korang tu. Lebih cantik lebih mahal.

    Dari side MARKETING, sekarang ni marketing online, korang add je ramai orang, korang blast karya korang. Nescaya kalau cantik ramai orang like. Kalau ada orang nak beli, maksudnya ada value la karya korang tu.

    Nak lagi power, karya korang tu korang sebarkan la dalam bentuk flyers kalau korang kaya sangat la.

    Pastu, korang buat la pameran ke masuk booth sale ke, macam mana nak dapat duit kalau korang tak bergerak macam aku (aku jadi penulis blog je hehehe)

    Korang suruh la Aaron Aziz ke Alif Aziz ke Aziz M Osman ke pegang karya korang tu, tangkap gambar, pastu korang tag Abdul Rani Kulup.. Kompom karya korang meletop.

    MELETOP tu la marketing. Dia macam buah durian, kalau orang boleh bau dan ada selera, maka karya korang pun boleh up!
Begitulah sedikit perkongsian pengalaman aku yang cetek dalam bidang ni.. kalau korang nak tau detail cara nak survive dalam kerjaya Seni ni, korang tanyalah 2 orang kat atas yang aku dah linking tu. Aku malas nak jawab soalan korang banyak-banyak. (Tengok, aku takde RAJIN! maksudnya aku dalam seni ni hobi je)

Assalamualaikum, 

CEO AKUBUDAKSENI
HAFIZ RANI KULUP



Aku tak malas buat website dan grafik sebab tu kerja aku la!




from AkuBudakSeni http://ift.tt/1HJEaTU

SENI, ANTARA HOBI DENGAN KERJAYA

Read More

Thursday 14 May 2015

PENDAFTARAN PERCUMA!


Tiada charge dikenakan kepada yang mendaftar dekat www.akubudakseni.com

Sistem pemasaran dan jualan online KedaiSeni oleh AkuBudakSeni mempunyai banyak kemudahan sesuai untuk mengembangkan lagi jualan pengkarya.

BOLEH LETAK GAMBAR KARYA & BARANGAN ANDA

Pengkarya atau artis yang mendaftar boleh meletakkan gambar karya, komik, buku atau merchandise di kedaiseni pada masa ini secara percuma.

kami akan viralkan karya anda seluruh laman sosial dengan bantuan SEO dan Advertising melalui blogging dan Advertising di google dan Facebook.



CARA JUALAN

  1. Letak gambar barangan, dan contact kepada kami dengan email gambar, description, harga, alamat, harga posting, profile pengkarya ke email kami admin@akubudakseni.com
  2. Salurkan produk anda terus kepada kami, kami tolong anda jual, kami akan membayar anda atas setiap produk yang terjual.
sebarang maklumat lanjut hubungi Hafiz Zainal : 0166759864 untuk meeting dan berbincang. Terima kasih




from AkuBudakSeni http://ift.tt/1IBClhu

KedaiSeni : Sebuah Platform Menjual Karya

Read More

Saturday 21 March 2015




Team AkuBudakSeni pernah melukiskan iklan untuk sebuah website tempatan yang digelar sebagai FIREBALL MEDIA.



Front end yang terbaik, bagi sesiapa yang mahukan web mereka menjadi mahal dan bergaya.



AkuBudakSeni hanyalah mencipta public alert. Untuk maklumat lanjut layari terus website mereka www.fireballmedia.my



from AkuBudakSeni http://ift.tt/1BgNvPN

FIREBALL MEDIA FRONT END WEB DEVELOPER TERBAIK

Read More





Baru baru ini Malaysia digemparkan dengan kelulusan proposal PAS untuk menjadikan HUDUD #hudud sebagai undang-undang di Negeri Kelantan.



Itu cerita baiknya dari segi Pemerintahan dan politik di Malaysia, AkuBudakSeni tidak ingin menyampuk di bahagian itu lebih panjang.



Tetapi AkuBudakSeni amat kesal dengan orang kreatif yang tidak berfikir panjang untuk mengeluarkan produk yang mengkritik tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat Malaysia mengenai isu Hudud.





JANGAN SALAHKAN YANG ANDA LIHAT SAHAJA






Maksud kami disini, Si wartawan hanyalah keldai yang ditunggang sahaja, tetapi perancang adalah team yang sanggup edit, rakam dan menulis skrip untuk isu ini.

SEMUA MAHU VIRAL


Abad ini, semua mahu viral. Asal ada trending je mula lah masing-masing mengeluarkan idea-idea yang mengikut nafsu untuk dikupas.



Kita perlu tahu dalam dunia Horizontal ini, generasi sekarang tidak menerima sesuatu dengan bulat-bulat. Semuanya mahukan fakta, bukan kritik.



SEMOGA INDUSTRI KREATIF AKAN LEBIH BAIK DAN BIJAK



Tu je harapan.. Sebenarnya AkuBudakSeni pun gunakan isu ni untuk trending hehehe. Tapi kita ambil pelajaran ok semua. Salam.






from AkuBudakSeni http://ift.tt/1DHLfIc

Menggunakan Kreativiti Untuk Mengkritik Hudud Sesuka Hati

Read More

Monday 23 February 2015






"Saya masih ingat lagi saat-saat pada kali terakhir sambutan hari lahir anda," tulis Maira Elizabeth Nari, sebagai tanda penghormatan terhadap ayahnya yang merupakan ketua pramugara pesawat malang Malaysia Airlines (MAS), penerbangan MH370.



Maira mencatatkan penghormatannya terhadap Andrew Nari yang memasuki usia 50 pada Sabtu di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar ayahnya bermain salji.



"Wajah ayah ketawa gembira, selamat hari jadi ayah! Anda telah berusia 50 tahun dan dalam masa dua minggu lagi, genap satu tahun MH370 hilang.



"Saya masih ingat detik-detik terakhir sebelum ibu dan Malcolm menghantar anda ke lapangan terbang," tulisnya.












Dia menambah, keluarganya telah merancang sambutan besar-besaran untuk sambutan hari jadi Andrew yang ke-50.



"Anda tiada di sini, hari ini, kami akan pergi ke gereja untuk meraikan hari lahir anda, dan anda sentiasa berada dalam hati dan ingatan kami.



"Kami benar-benar rindukan anda dan kami sentiasa menyayangi anda, anda adalah suami terbaik kepada ibu dan ayah terbaik untuk saya dan Malcolm, selamat hari lahir ke-50 ayah," tambahnya.



Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.



Pesawat itu dipercayai telah 'berakhir' di selatan Lautan Hindi.



Pada 29 Januari penerbangan MH370 secara rasmi diisytihar sebagai kemalangan.

Tulisan Menyentuh Hati Anak Pramugara MH370

Read More

Sunday 22 February 2015




Seorang wanita berumur 58 tahun yang lazimnya sudah bergelar nenek, ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) selepas didapati berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh dalam Ops Limau di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.



Wanita itu mengakui hubungannya dengan lelaki warga asing berusia 30 tahun berkenaan sekadar kawan selepas disoal anggota dan pegawai penguatkuasa.



Namun, mengejutkan apabila dia mengakui mereka masuk bilik hotel berkenaan sekitar jam 11 pagi kelmarin dan sudah melakukan seks meskipun pada awalnya, lelaki Bangladesh terbabit menafikan perkara itu.



Ketika diminta untuk memaklumkan kepada keluarga atau waris berhubung penahanan dan bagi proses jaminan, wajah wanita terbabit kelihatan sugul dan enggan berbuat demikian.



Mereka bagaimanapun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah bagi proses dokumentasi sebelum ke Jaij untuk tindakan lanjut.



Pada operasi sama, seorang pelajar perempuan tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di negeri ini, turut ditahan kerana berdua-duaan bersama pasangannya dalam bilik hotel.



Enggan memberikan kerjasama, pihak penguatkuasa terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak hotel untuk mendapatkan kunci tambahan bagi membuka pintu bilik pasangan terbabit.



Sebaik pintu dibuka, pelajar berusia 16 tahun itu keluar dari bilik air, manakala pasangannya, lelaki berusia 24 tahun di atas katil dalam keadaan berpura-pura nyenyak tidur, namun kedua-duanya berpakaian lengkap.



Ketika ditanya, mereka mengakui baharu sahaja masuk hotel tersebut sekitar jam 12 tengah malam, dan mendakwa tidak melakukan kegiatan tidak bermoral.



Bagaimanapun, mereka tetap ditahan kerana berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.



Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari, mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit sepanjang Ops Limau, oleh pihaknya.



"Semua 14 individu itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat," katanya.



Ops berkenaan diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali, bersama lima anggota di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, bermula jam 11 malam dan berakhir 3.30 pagi.

Nenek 58 Tahun Ditangkap Khalwat Dengan Warga Bangladesh

Read More

Friday 20 February 2015







Harimau Makan Orang Ditembak Mati



Tentera pengawal hutan menembak mati seekor 'harimau makan orang' di selatan India selepas haiwan itu menyerang dan membunuh seorang petani dan pekerja ladang teh, kata seorang pegawai, Khamis.



Harimau tersebut bertindak menerkam petani yang memasuki hutan di negeri Kerala awal bulan ini dan makan sebahagian besar tubuhnya, kata pegawai hutan C. Badrasamy kepada AFP.



Binatang yang sama kemudian menyerang seorang wanita yang sedang bekerja di ladang pada Sabtu, selepas harimau terbabit dilihat berkeliaran di seberang hutan negeri kejiranan Tamil Nadu, kata Badrasamy.



"Penduduk berasa panik dan marah dan mereka mula menggeledah hutan, menuntut harimau itu dibunuh serta-merta," kata Badrasamy melalui telefon dari Tamil Nadu.














Sebuah pasukan dengan 50 orang yang terdiri daripada pegawai, konstabel dan doktor haiwan telah mengawasi seluruh hutan di Tamil Nadu.



Tetapi harimau itu berjaya melarikan diri di tengah-tengah adegan huru-hara selepas kira-kira 500 penduduk kampung berkumpul untuk melihat haiwan itu, kata Badrasamy.



Selepas itu ia sekali lagi dilihat di dalam hutan dan para pegawai cuba menggunakan senjata dart tetapi terpaksa melepaskan tembakan dengan peluru hidup pada Rabu kerana ia cuba menerkam ahli pasukan.



"Sudah tentu keutamaan kami untuk menangkap dan tidak membunuh harimau itu. Tetapi keadaan seperti menjadikan kami tidak mempunyai pilihan lain, "kata Badrasamy.



"Ia boleh menyerang orang lain selepas ini pada bila-bila masa."



Lebih separuh dari populasi harimau liar di dunia semakin merosot dengan cepat di India menerusi bancian baru-baru ini.



"'Harimau makan manusia' sangat jarang berlaku. Harimau tertentu ini mungkin mempunyai beberapa kecederaan, mungkin telah kehilangan wilayahnya dan diusir, "kata Badrasamy.



Kerajaan India telah berusaha untuk mengurangkan pertembungan maut di antara harimau dan manusia, memandangkan petani sering masuk dan meneroka hutan, memaksa harimau keluar mencari air dan makanan.



Seekor lagi harimau dipercayai telah membunuhlebih 10 orang di utara India Februari lalu. Haiwan itu dipercayai masih belum dibunuh atau ditangkap.

Harimau Makan Orang Ditembak Mati

Read More

Wednesday 18 February 2015

Berhubung dengan artikel sebelum ini yang menyiarkan pengakuan Koperal Sirul yang dihukum gantung kerana membunuh Altantuya, Sirul ada membuat pengakuan bahawa dia diarah oleh orang atasan.



Namun sirul tidak menyebut siapa yang mengarahnya melakukan pembunuhan kejam tersebut.Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib membuat kenyataan media bahawa kenyataan Sirul itu mengarut apabila diajukan soalan oleh pihak wartawan.



Video Temubual :





Najib Dakwa Kenyataan Sirul Merepek

Read More




Sebuah stesen televisyen di Amerika Syarikat (AS) memohon maaf atas kesilapan mereka menyiarkan gambar Presiden negara itu, Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol.



Penyampai berita, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita mengenai kes jenayah rogol dan dalam masa yang sama visual gambar Obama tersiar sebagai suspek jenayah tersebut yang didapati tidak bersalah.



Paparan tersebut tersiar selama 5 saat sebelum disedari stesyen televisyen berkenaan.



Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan.






"Kesilapan ini adalah tidak disengajakan", katanya dipetik Al Arabiya News.



Bagaimanapun, stesyen televisyen telah memohon maaf diatas kesilapan tersebut.



"Kami secara tidak sengaja telah menggunakan gambar Obama semasa melaporkan berita tersebut dan kami memohon maaf dan menyesali kesilapan tersebut".

Stesen TV Silap Papar Gambar Obama Sebagai Suspek Kes Rogol

Read More

Sunday 15 February 2015




Semalam tersebar beberapa keping gambar menunjukkan 2 ucapan berbeza buat Allahyarham TG Nik Aziz yang tersebar di laman sosial.Pihak penyebar mendakwa ia dibuat oleh penduduk Melbourne dan ramai mengatakan ia merupakan gambar yang di edit.



Namun sebenarnya ia bukanlah gambar edit dan sememangnya terpampang ucapan tersebut di Melbourne namun cerita sebenarnya bukanlah dibuat oleh penduduk Melbourne.Papan iklan sepanjang 26 meter yang dipasang di Melbourne tersebut merupakan papan iklan khas Hari Valentine bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja memaparkan mesej sempena Hari Valentine kepada kekasih mereka.



Peluang itu diambil oleh beberapa rakyat Malaysia yang menetap di sana untuk menyampaikan mesej betapa sayangnya mereka kepada Allahyarham TG Nik Aziz yang kembali ke rahmatullah Khamis yang lalu.












Credit : Malaysiakini.com

Papan iklan yang digelar "Billboard Of Love" tersebut dikendalikan syarikat telekomunikasi Telstra dan sesiapa yang ingin ucapan dipaparkan perlu menghantar pesanan ringkas iaitu mesej dan akan dikenakan cas terterntu.





Ucapan Buat TGNA Di Melbourne Bukan Edit

Read More

Saturday 14 February 2015




Sesekali, pencuri juga memiliki hati budiman.Sekurang-kurangnya itu dibuktikan Brodie Few, 26, selepas dia mencuri patung beruang gergasi dari sebuah kedai beberapa hari lalu.



Sejurus selepas melarikan patung beruang berkenaan, Few terkejut apabila menyedari ia hadiah untuk cabutan bertuah program amal untuk pekerja kedai berkenaan yang meninggal dunia tahun lalu akibat kanser payu dara.



Lebih menarik, tindakan Few memulangkan patung beruang itu dirakam kamera litar tertutup kedai itu.



Imejnya yang terakam memudahkan pihak berkuasa mencari dan menangkapnya selepas ia disebarkan secara meluas di media tempatan.



Patung itu sebenarnya hadiah dikendalikan Pusat Goulds Garden di Poole, Dorset.

Pencuri Pulangkan Semula Patung Beruang

Read More

Wednesday 11 February 2015




Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.



Beliau yang bertugas sebagai pengulas sukan menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.



Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.



Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia awal 1990-an dan kini ulasan beliau masih lagi digemari ramai peminat sukan tanah air.



Antara yang awal mengucapkan takziah adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam Twitternya.



“Sedih mendapat berita pemergian 'the voice of Malaysian sports' Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT,” katanya.









Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Read More




Tiga pelajar Islam ditembak di kepala di sebuah apartmen berdekatan dengan sebuah universiti, semalam.



Penyerang, Craig Stephen Hicks, 46 tahun ditahan selepas menyerah diri di balai polis.



Menurut CNN, pelajar dikenali sebagai Deah Shaddy Barakat, 23; Yusor Mohammad, 21; dan Razan Mohammad Abu-Salha, 19 tahun.



Deah merupakan pelajar tahun kedua di Universiti Carolina Utara. Yusor, isteri kepada Deah pula bakal meneruskan pengajian di universiti yang sama.



Adik kepada Yusor, Razan juga belajar di universiti yang sama.



Polis masih menyiasat punca serangan tersebut.

Tiga Pelajar Islam Ditembak Di Kepala

Read More

Saiful Nang merupakan seorang Jurugambar professional yang mempunyai ramai pengikut dan menjadi inspirasi kepada ramai anak muda dan para pelajar.

Walau bagaimana pun, belakangan ini, Saiful Nang banyak menyuarakan pendapat yang berunsur politik sehingga di kecam oleh penyokong parti tersebut.

Ada dalam kalangan peminat beliau sudah mulai hilang hormat pada beliau sehingga tidak lagi mahu mengikuti status beliau yang awalnya dahulu masuk akal dan bijak.

Bermula dari status ini, menyebabkan ramai pihak merasakan saiful nang cenderung kepada kemelayuan.


Berkemungkinan dari cerita beliau ini menceritakan betapa bagusnya isteri DSAI tetapi untuk menggambarkan DSAI sebagai firaun memberi kemarahan kepada penyokong parti politik tersebut.

Peminat beliau lantas menyuarakan untuk UNLIKE page beliau malangnya, SN terus menjadi melenting dan hilang professionalisme beliau sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak baik dan menunjukkan sikap beliau yang tidak terbuka dan keras terhadap manusia yang lain.







Saiful Nang Di Kecam Kerana Ego

Read More

Tuesday 10 February 2015




"Kita jumpa beberapa tahun lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mahkamah memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Suasana penuh emosi memenuhi bilik mahkamah apabila panel hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu dan dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari.

Sambil melambai ke arah penyokongnya di galeri umum dalam ruang mahkamah itu Anwar memeluk ahli keluarganya yang kesemuanya menangis berikutan keputusan itu.

Pemimpin pembangkang itu kemudiannya memandang ke arah cucunya dan berkata: "Ingat ya, kamu perlu pergi ke sekolah."

Dia juga cuba menenangkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah.

Bapa mertuanya, Wan Ismail Wan Mahmood juga kelihatan tidak dapat menahan air matanya.

"Kita jumpa beberapa tahun lagi"

Read More

Friday 6 February 2015




Seorang ibu tunggal yang sedang menoreh getah di Kampung Mensudut Pindah, Batu Anam, di sini, maut apabila dia ditanduk seekor kerbau betina dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam.



Ketika kejadian, mangsa, Rosnani Wahid, 46, dikatakan cuba menghalau haiwan tersebut daripada kebun getahnya kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.



Seorang saksi berkata, apabila mangsa menghampiri haiwan tersebut, kerbau berkenaan bertindak liar dengan menanduknya di perut sehingga jatuh ke tanah.



"Kerbau tersebut kemudiannua terus menanduk mangsa yang terjatuh sehingga menyebabkan dia mendapat kecederaan parah di kepala dan badan.



"Beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu menyelamatkan mangsa tetapi malangnya wanita itu sudah meninggal dunia dengan keadaan berlumuran darah," katanya.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden M Anuar Ismail mengesahkan kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

Ibu Tunggal Maut Ditanduk Kerbau

Read More

Tuesday 3 February 2015




Sebuah pesawat Trans Asia milik Taiwan dengan kod penerbangan ATR-72 dilaporkan terhempas ke sungai Keelung, Taiwan hari ini.Pesawat malang yang membawa 58 penumpang itu merupakan sebuah pesawat domestik dan dilaporkan 8 orang mangsa mati manakala beberapa yang lain masih terperangkap dan cedera parah.



Sebuah rakaman amatur yang tidak sengaja terakam detik terhempasnya kapal tersebut kami kongsikan disini.












Pesawat Trans Asia Terhempas Di Sungai Keelung

Read More

Zahuri Harun merupakan seorang pelukis yang bergerak secara indie. Karyanya jelas sekali mempunyai jiwa apabila Zahuri mampu menangkap moment ditambah dengan permainan perspektifnya yang cukup menarik.

Zahuri kelihatan bijak dalam bermain mood dan suasana. Berikut adalah beberapa karya yang diselitkan dilaman Facebook dan Instagram beliau.

Karya Zahuri Harun dipercayai mempunyai jiwa yang amat kuat sehingga dia juga tidak memerlukan image dari kamera cukup imaginasinya digunakan untuk di keluarkan kepada kertas.






Ayuh kenali Zahuri lebih dekat di projek Kampung krew beliau

Zahuri Harun Karya Mempunyai Jiwa

Read More

Sunday 1 February 2015




Mereka memakai kalungan bunga dan herba pada badan, nampak tidak berbahaya, tapi sebenarnya puak yang tinggal di kawasan pergunungan Habala itu digeruni polis tempatan.

Terentang di kawasan sempadan Arab Saudi - Yaman, mereka hidup dengan peraturan sendiri, tidak tunduk kepada sesiapa - termasuk kerajaan.



Komuniti berasal dari Tihama dan Asir itu digelar “lelaki bunga” kerana masih mempertahankan amalan tradisi memakai kalung bunga yang diamalkan lebih dua milenium lalu.



Seorang pengembara dan jurugambar, Eric Lafforgue berkata, komuniti itu pernah menyebabkan pergolakan di rantau berkenaan, terbabit dalam peperangan rentas sempadan dan mengganas terhadap pihak yang cuba memasuki kawasan mereka.



“Dulu orang asing langsung tidak dibenarkan memasuki kawasan mereka.



“Beberapa kampung hanya boleh diakses melalui tali,” katanya.



Golongan wanita pula, kata Lafforgue, biasanya menyembunyikan diri jika tempat itu didatangi pelawat.



Katanya, kalungan bunga di kepala lelaki Habala sebenarnya menyembunyikan keganasan mereka.



“Untuk kali pertama dalam hidup, saya melihat polis lengkap bersenjata begitu takut kepada orang awam di kawasan terpencil,” katanya.



Seorang pakar antropologi dari Perancis, Thierry Mauger, yang melawat puak terbabit pada 1990-an mendakwa dia hampir menjadi mangsa rogol lelaki bunga.

Lelaki Bunga Yang Ditakuti Polis Tempatan

Read More

Sunday 25 January 2015




Seorang kanak-kanak pelarian Syria dilaporkan dibelasah oleh seorang pengurus rangkaian restoran segera kerana memakan baki makanan pelanggan.



Beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan berlumuran darah tersebar di laman sosial Twitter dan Facebook.



Tindakan tersebut mendapat kecaman orang ramai, dan syarikat berkenaan bertindak memecat pengurus rangkaian yang tersebut, menurut sebuah kenyataan rasmi bertarikh 23 Januari.



Menurut Hurriyet Daily News, pemecatan tersebut sudah mencukupi sebagai hukuman dan sebarang pampasan tidak akan diberikan kepada kanak-kanak pelarian tersebut.

Budak Dibelasah Hanya Kerana Makan Baki Makanan

Read More

Saturday 24 January 2015

Atlet Paralimpik Pingat Emas Asia 2014 Meninggal Dunia

Read More

Friday 23 January 2015










Gambar Hiasan

Seorang posmen biasanya menghantar surat tidak kira keadaan cuaca hujan atau panas malah ada juga yang terpaksa bersengkang mata semata-mata menjalankan tugas pada waktu malam.



Namun lain pula ceritanya dengan Alex Douglas Douma, 27, dari pejabat pos di Eugene apabila menyimpan hampir 1,000 surat hanya kerana dia malas.



Surat berkenaan ditemui dalam dua tong di depan rumahnya Julai tahun lalu.



Kebanyakan surat itu ialah risalah iklan, namun ada juga kertas undian daripada pilihan raya pada Mei, selain lebih 200 surat kelas pertama dan biasa.



Douma mengaku salah semalam di Mahkamah Daerah Eugene dan diarahkan menjalani pengawasan selama setahun selain membayar denda AS$500 (RM1,800).



Ketika siasatan kes itu, Douma mengakui gagal melaksanakan tugasnya kerana terasa malas beberapa kali antara akhir April dan awal Julai tahun lalu.



Douma memohon maaf di hadapan Majistret Thomas Coffin dan berkata ketika itu dia tertekan dengan garis waktu ditetapkan majikan berikutan terpaksa memilih, mengasingkan dan menghantar surat.



“Saya tidak langsung berniat menyimpan semuanya,” katanya.



Pendakwa William ‘Bud’ Fitzgerald berkata, Douma melakukan jenayah apabila gagal melaksana tugasnya.



Sementara itu, ejen Pejabat Khidmat Pos Amerika Syarikat John Masters berkata pihaknya menganggap kesalahan dilakukan Douma sebagai amat serius. - AFP

Kisah Posmen Terlampau Malas Yang Anda Perlu Tahu

Read More

Thursday 22 January 2015

Adi Putra Sedia Terima Adegan Panas Walau Sudah Bergelar Haji

Read More




Seorang pemandu nyaris maut apabila treler membawa jentera pengorek yang dipandunya melanggar papan tanda setinggi lima meter di Kilometer 2.4 Persiaran Timur, di sini, semalam.



Kejadian jam 2.40 petang itu dipercayai berlaku akibat muatan treler melebihi had ketinggian dibenarkan menyebabkan sebahagian daripada jentera terbabit merempuh papan tanda dan jatuh menghempap kepala treler seberat 72 tan itu.



Pemandu treler Rafi Yudin, 40 berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar jentera pengorek di Presint 17.



“Saya tidak tahu papan tanda itu tidak lepas untuk dilalui, tetapi selepas menyedari jentera pengorek tersangkut pada papan tanda saya terus menekan brek, namun keadaan jalan menurun menyebabkan treler terus bergerak.



“Akibatnya ia merempuh papan tanda dan menghempap kepala treler,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan itu.



Katanya, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kisah Sebenar Disebalik Papan Tanda 'Runtuh'

Read More

Wednesday 21 January 2015



Tindakan berani seorang remaja perempuan berjumpa dengan kenalan lelaki yang hanya dikenali melalui telefon berakhir detik hitam apabila dia dirogol, dalam kejadian Ahad lalu.



Bagaimanapun, mangsa berusia 14 tahun itu bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang menjumpainya ketika dia ditinggalkan di tepi jalan di Merchang, Marang oleh suspek.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lebih kurang jam 6.30 petang di Kampung Gong Tok Nasek, mangsa didatangi seorang lelaki yang hanya dikenali melalui telefon dan gadis itu bersetuju mengikut lelaki terbabit.



“Lelaki berkenaan membawa mangsa ke sebuah rumah dan telah menyerahkan mangsa kepada seorang lagi lelaki tidak dikenali yang sedia menunggu di rumah itu.



“Lelaki kedua itu setuju untuk menghantar mangsa pulang, namun dia hanya meninggalkan mangsa di tepi jalan dan mangsa mendakwa tidak mengetahui lokasi tersebut,” katanya.



Wan Abd Aziz berkata, dalam keadaan terpinga-pinga, mangsa terserempak dengan seorang lagi lelaki tidak dikenali, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Merchang, Marang dan ditinggalkan di dalam rumah tersebut bersendirian.



“Beberapa minit kemudian, datang tiga lagi lelaki tidak dikenali dan dipercayai salah seorang daripada mereka merupakan tuan rumah,” katanya.



Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan di dalam salah sebuah bilik di rumah itu kemudian dihampiri salah seorang daripada mereka, sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks.



“Namun, mangsa cuba melawan, menyebabkan suspek bertindak lebih kasar dengan mengambil sebilah pisau dan mengacukan ke lehernya sebelum merogol mangsa.



“Selepas dirogol, mangsa dibawa keluar dari rumah itu oleh suspek dan ditinggalkan di tepi jalan di lokasi yang agak sunyi,” katanya.



Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila terserempak dengan seorang lelaki ketika sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.



“Lelaki itu membawa mangsa pulang ke rumahnya terlebih dahulu untuk diberi makan kerana keadaannya yang begitu letih dan tidak bermaya.



“Beberapa jam kemudian, barulah mangsa dihantar pulang oleh bapa saudara lelaki tersebut,” katanya.



Di rumah, selepas menceritakan kejadian itu kepada keluarganya, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk rawatan.



Keputusan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan suspek masih diburu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Gadis Dirogol Dan Ditinggal Ditepi Jalan

Read More

Tuesday 20 January 2015




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menemui sebuah terowong rahsia di Bukit Nanas di ibu negara yang dipercayai berusia beratus-ratus tahun, lapor portal The Star Online hari ini.

Kewujudan terowong rahsia sepanjang 10m bermula dari Bukit Nanas hingga ke tebing Sungai Klang mula disedari kontraktor lantikan DBKL yang memperbaiki mendapan di kawasan terbabit sejak enam bulan lepas.

Terowong tersebut yang dikatakan sudah lama hilang itu dipercayai digunakan bagi menyimpan senjata, makanan dan harta benda.



"Kami percaya terowong yang ditemui me‎rupakan sebahagian dari laluan rahsia bawah tanah yang sudah lama hilang ditelan zaman akibat daripada pembangunan.


"Ia amat berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan terbaru," kata Pengarah Jurutera dan Saliran DBKL Tan Kheng Chok seperti dilaporkan The Star Online hari ini.

Terowong tersebut dipercayai digunakan oleh penduduk Mandahiling dari Sumatera, Indonesia sebagai laluan bagi melarikan diri ketika Perang Saudara di Selangor pada 1868 dan 1871.

Tan berkata, sebelum ini tiada sebarang kerja pembaikan dilakukan di lereng bukit runtuh yang dilaporkan berlaku pada bulan Mei 2013 sehingga enam bulan lepas.

Penduduk Mandahiling dikatakan mendiami di kawasan bukit dikenali sebagai Bukit Gombak pada kurun ke-19. Sementara Istana Godang oleh Tuanku Raja Asal atau Ja Asai (raja Mandahiling) terletak di puncak.

Ketika perang Klang, penduduk men Mandahiling menanam nenas menyebabkan kawasan itu kini dikenali Bukit Nanas dan membina sebuah terowong rahsia bawah tanah.

Selain menyimpan senjata, makanan dan harta benda lokasi terowong dikatakan sebagai kedudukan strategik dan laluan melarikan diri bagi penduduk Mandahiling melancarkan serangan dan melepaskan diri daripada musuh. – 20 Januari, 2015.

DBKL Temui Terowong Rahsia Di Bukit Nanas

Read More