Monday 23 February 2015






"Saya masih ingat lagi saat-saat pada kali terakhir sambutan hari lahir anda," tulis Maira Elizabeth Nari, sebagai tanda penghormatan terhadap ayahnya yang merupakan ketua pramugara pesawat malang Malaysia Airlines (MAS), penerbangan MH370.



Maira mencatatkan penghormatannya terhadap Andrew Nari yang memasuki usia 50 pada Sabtu di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar ayahnya bermain salji.



"Wajah ayah ketawa gembira, selamat hari jadi ayah! Anda telah berusia 50 tahun dan dalam masa dua minggu lagi, genap satu tahun MH370 hilang.



"Saya masih ingat detik-detik terakhir sebelum ibu dan Malcolm menghantar anda ke lapangan terbang," tulisnya.












Dia menambah, keluarganya telah merancang sambutan besar-besaran untuk sambutan hari jadi Andrew yang ke-50.



"Anda tiada di sini, hari ini, kami akan pergi ke gereja untuk meraikan hari lahir anda, dan anda sentiasa berada dalam hati dan ingatan kami.



"Kami benar-benar rindukan anda dan kami sentiasa menyayangi anda, anda adalah suami terbaik kepada ibu dan ayah terbaik untuk saya dan Malcolm, selamat hari lahir ke-50 ayah," tambahnya.



Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.



Pesawat itu dipercayai telah 'berakhir' di selatan Lautan Hindi.



Pada 29 Januari penerbangan MH370 secara rasmi diisytihar sebagai kemalangan.

Tulisan Menyentuh Hati Anak Pramugara MH370

Read More

Sunday 22 February 2015




Seorang wanita berumur 58 tahun yang lazimnya sudah bergelar nenek, ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) selepas didapati berkhalwat dengan seorang lelaki Bangladesh dalam Ops Limau di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.



Wanita itu mengakui hubungannya dengan lelaki warga asing berusia 30 tahun berkenaan sekadar kawan selepas disoal anggota dan pegawai penguatkuasa.



Namun, mengejutkan apabila dia mengakui mereka masuk bilik hotel berkenaan sekitar jam 11 pagi kelmarin dan sudah melakukan seks meskipun pada awalnya, lelaki Bangladesh terbabit menafikan perkara itu.



Ketika diminta untuk memaklumkan kepada keluarga atau waris berhubung penahanan dan bagi proses jaminan, wajah wanita terbabit kelihatan sugul dan enggan berbuat demikian.



Mereka bagaimanapun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah bagi proses dokumentasi sebelum ke Jaij untuk tindakan lanjut.



Pada operasi sama, seorang pelajar perempuan tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di negeri ini, turut ditahan kerana berdua-duaan bersama pasangannya dalam bilik hotel.



Enggan memberikan kerjasama, pihak penguatkuasa terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak hotel untuk mendapatkan kunci tambahan bagi membuka pintu bilik pasangan terbabit.



Sebaik pintu dibuka, pelajar berusia 16 tahun itu keluar dari bilik air, manakala pasangannya, lelaki berusia 24 tahun di atas katil dalam keadaan berpura-pura nyenyak tidur, namun kedua-duanya berpakaian lengkap.



Ketika ditanya, mereka mengakui baharu sahaja masuk hotel tersebut sekitar jam 12 tengah malam, dan mendakwa tidak melakukan kegiatan tidak bermoral.



Bagaimanapun, mereka tetap ditahan kerana berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.



Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari, mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit sepanjang Ops Limau, oleh pihaknya.



"Semua 14 individu itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat," katanya.



Ops berkenaan diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali, bersama lima anggota di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, bermula jam 11 malam dan berakhir 3.30 pagi.

Nenek 58 Tahun Ditangkap Khalwat Dengan Warga Bangladesh

Read More

Friday 20 February 2015







Harimau Makan Orang Ditembak Mati



Tentera pengawal hutan menembak mati seekor 'harimau makan orang' di selatan India selepas haiwan itu menyerang dan membunuh seorang petani dan pekerja ladang teh, kata seorang pegawai, Khamis.



Harimau tersebut bertindak menerkam petani yang memasuki hutan di negeri Kerala awal bulan ini dan makan sebahagian besar tubuhnya, kata pegawai hutan C. Badrasamy kepada AFP.



Binatang yang sama kemudian menyerang seorang wanita yang sedang bekerja di ladang pada Sabtu, selepas harimau terbabit dilihat berkeliaran di seberang hutan negeri kejiranan Tamil Nadu, kata Badrasamy.



"Penduduk berasa panik dan marah dan mereka mula menggeledah hutan, menuntut harimau itu dibunuh serta-merta," kata Badrasamy melalui telefon dari Tamil Nadu.














Sebuah pasukan dengan 50 orang yang terdiri daripada pegawai, konstabel dan doktor haiwan telah mengawasi seluruh hutan di Tamil Nadu.



Tetapi harimau itu berjaya melarikan diri di tengah-tengah adegan huru-hara selepas kira-kira 500 penduduk kampung berkumpul untuk melihat haiwan itu, kata Badrasamy.



Selepas itu ia sekali lagi dilihat di dalam hutan dan para pegawai cuba menggunakan senjata dart tetapi terpaksa melepaskan tembakan dengan peluru hidup pada Rabu kerana ia cuba menerkam ahli pasukan.



"Sudah tentu keutamaan kami untuk menangkap dan tidak membunuh harimau itu. Tetapi keadaan seperti menjadikan kami tidak mempunyai pilihan lain, "kata Badrasamy.



"Ia boleh menyerang orang lain selepas ini pada bila-bila masa."



Lebih separuh dari populasi harimau liar di dunia semakin merosot dengan cepat di India menerusi bancian baru-baru ini.



"'Harimau makan manusia' sangat jarang berlaku. Harimau tertentu ini mungkin mempunyai beberapa kecederaan, mungkin telah kehilangan wilayahnya dan diusir, "kata Badrasamy.



Kerajaan India telah berusaha untuk mengurangkan pertembungan maut di antara harimau dan manusia, memandangkan petani sering masuk dan meneroka hutan, memaksa harimau keluar mencari air dan makanan.



Seekor lagi harimau dipercayai telah membunuhlebih 10 orang di utara India Februari lalu. Haiwan itu dipercayai masih belum dibunuh atau ditangkap.

Harimau Makan Orang Ditembak Mati

Read More

Wednesday 18 February 2015

Berhubung dengan artikel sebelum ini yang menyiarkan pengakuan Koperal Sirul yang dihukum gantung kerana membunuh Altantuya, Sirul ada membuat pengakuan bahawa dia diarah oleh orang atasan.



Namun sirul tidak menyebut siapa yang mengarahnya melakukan pembunuhan kejam tersebut.Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib membuat kenyataan media bahawa kenyataan Sirul itu mengarut apabila diajukan soalan oleh pihak wartawan.



Video Temubual :





Najib Dakwa Kenyataan Sirul Merepek

Read More




Sebuah stesen televisyen di Amerika Syarikat (AS) memohon maaf atas kesilapan mereka menyiarkan gambar Presiden negara itu, Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol.



Penyampai berita, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita mengenai kes jenayah rogol dan dalam masa yang sama visual gambar Obama tersiar sebagai suspek jenayah tersebut yang didapati tidak bersalah.



Paparan tersebut tersiar selama 5 saat sebelum disedari stesyen televisyen berkenaan.



Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan.






"Kesilapan ini adalah tidak disengajakan", katanya dipetik Al Arabiya News.



Bagaimanapun, stesyen televisyen telah memohon maaf diatas kesilapan tersebut.



"Kami secara tidak sengaja telah menggunakan gambar Obama semasa melaporkan berita tersebut dan kami memohon maaf dan menyesali kesilapan tersebut".

Stesen TV Silap Papar Gambar Obama Sebagai Suspek Kes Rogol

Read More

Sunday 15 February 2015




Semalam tersebar beberapa keping gambar menunjukkan 2 ucapan berbeza buat Allahyarham TG Nik Aziz yang tersebar di laman sosial.Pihak penyebar mendakwa ia dibuat oleh penduduk Melbourne dan ramai mengatakan ia merupakan gambar yang di edit.



Namun sebenarnya ia bukanlah gambar edit dan sememangnya terpampang ucapan tersebut di Melbourne namun cerita sebenarnya bukanlah dibuat oleh penduduk Melbourne.Papan iklan sepanjang 26 meter yang dipasang di Melbourne tersebut merupakan papan iklan khas Hari Valentine bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja memaparkan mesej sempena Hari Valentine kepada kekasih mereka.



Peluang itu diambil oleh beberapa rakyat Malaysia yang menetap di sana untuk menyampaikan mesej betapa sayangnya mereka kepada Allahyarham TG Nik Aziz yang kembali ke rahmatullah Khamis yang lalu.












Credit : Malaysiakini.com

Papan iklan yang digelar "Billboard Of Love" tersebut dikendalikan syarikat telekomunikasi Telstra dan sesiapa yang ingin ucapan dipaparkan perlu menghantar pesanan ringkas iaitu mesej dan akan dikenakan cas terterntu.





Ucapan Buat TGNA Di Melbourne Bukan Edit

Read More

Saturday 14 February 2015




Sesekali, pencuri juga memiliki hati budiman.Sekurang-kurangnya itu dibuktikan Brodie Few, 26, selepas dia mencuri patung beruang gergasi dari sebuah kedai beberapa hari lalu.



Sejurus selepas melarikan patung beruang berkenaan, Few terkejut apabila menyedari ia hadiah untuk cabutan bertuah program amal untuk pekerja kedai berkenaan yang meninggal dunia tahun lalu akibat kanser payu dara.



Lebih menarik, tindakan Few memulangkan patung beruang itu dirakam kamera litar tertutup kedai itu.



Imejnya yang terakam memudahkan pihak berkuasa mencari dan menangkapnya selepas ia disebarkan secara meluas di media tempatan.



Patung itu sebenarnya hadiah dikendalikan Pusat Goulds Garden di Poole, Dorset.

Pencuri Pulangkan Semula Patung Beruang

Read More

Wednesday 11 February 2015




Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.



Beliau yang bertugas sebagai pengulas sukan menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.



Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.



Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia awal 1990-an dan kini ulasan beliau masih lagi digemari ramai peminat sukan tanah air.



Antara yang awal mengucapkan takziah adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam Twitternya.



“Sedih mendapat berita pemergian 'the voice of Malaysian sports' Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT,” katanya.









Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Read More




Tiga pelajar Islam ditembak di kepala di sebuah apartmen berdekatan dengan sebuah universiti, semalam.



Penyerang, Craig Stephen Hicks, 46 tahun ditahan selepas menyerah diri di balai polis.



Menurut CNN, pelajar dikenali sebagai Deah Shaddy Barakat, 23; Yusor Mohammad, 21; dan Razan Mohammad Abu-Salha, 19 tahun.



Deah merupakan pelajar tahun kedua di Universiti Carolina Utara. Yusor, isteri kepada Deah pula bakal meneruskan pengajian di universiti yang sama.



Adik kepada Yusor, Razan juga belajar di universiti yang sama.



Polis masih menyiasat punca serangan tersebut.

Tiga Pelajar Islam Ditembak Di Kepala

Read More

Saiful Nang merupakan seorang Jurugambar professional yang mempunyai ramai pengikut dan menjadi inspirasi kepada ramai anak muda dan para pelajar.

Walau bagaimana pun, belakangan ini, Saiful Nang banyak menyuarakan pendapat yang berunsur politik sehingga di kecam oleh penyokong parti tersebut.

Ada dalam kalangan peminat beliau sudah mulai hilang hormat pada beliau sehingga tidak lagi mahu mengikuti status beliau yang awalnya dahulu masuk akal dan bijak.

Bermula dari status ini, menyebabkan ramai pihak merasakan saiful nang cenderung kepada kemelayuan.


Berkemungkinan dari cerita beliau ini menceritakan betapa bagusnya isteri DSAI tetapi untuk menggambarkan DSAI sebagai firaun memberi kemarahan kepada penyokong parti politik tersebut.

Peminat beliau lantas menyuarakan untuk UNLIKE page beliau malangnya, SN terus menjadi melenting dan hilang professionalisme beliau sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak baik dan menunjukkan sikap beliau yang tidak terbuka dan keras terhadap manusia yang lain.







Saiful Nang Di Kecam Kerana Ego

Read More

Tuesday 10 February 2015




"Kita jumpa beberapa tahun lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mahkamah memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Suasana penuh emosi memenuhi bilik mahkamah apabila panel hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu dan dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari.

Sambil melambai ke arah penyokongnya di galeri umum dalam ruang mahkamah itu Anwar memeluk ahli keluarganya yang kesemuanya menangis berikutan keputusan itu.

Pemimpin pembangkang itu kemudiannya memandang ke arah cucunya dan berkata: "Ingat ya, kamu perlu pergi ke sekolah."

Dia juga cuba menenangkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah.

Bapa mertuanya, Wan Ismail Wan Mahmood juga kelihatan tidak dapat menahan air matanya.

"Kita jumpa beberapa tahun lagi"

Read More

Friday 6 February 2015




Seorang ibu tunggal yang sedang menoreh getah di Kampung Mensudut Pindah, Batu Anam, di sini, maut apabila dia ditanduk seekor kerbau betina dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam.



Ketika kejadian, mangsa, Rosnani Wahid, 46, dikatakan cuba menghalau haiwan tersebut daripada kebun getahnya kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.



Seorang saksi berkata, apabila mangsa menghampiri haiwan tersebut, kerbau berkenaan bertindak liar dengan menanduknya di perut sehingga jatuh ke tanah.



"Kerbau tersebut kemudiannua terus menanduk mangsa yang terjatuh sehingga menyebabkan dia mendapat kecederaan parah di kepala dan badan.



"Beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu menyelamatkan mangsa tetapi malangnya wanita itu sudah meninggal dunia dengan keadaan berlumuran darah," katanya.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden M Anuar Ismail mengesahkan kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

Ibu Tunggal Maut Ditanduk Kerbau

Read More

Tuesday 3 February 2015




Sebuah pesawat Trans Asia milik Taiwan dengan kod penerbangan ATR-72 dilaporkan terhempas ke sungai Keelung, Taiwan hari ini.Pesawat malang yang membawa 58 penumpang itu merupakan sebuah pesawat domestik dan dilaporkan 8 orang mangsa mati manakala beberapa yang lain masih terperangkap dan cedera parah.



Sebuah rakaman amatur yang tidak sengaja terakam detik terhempasnya kapal tersebut kami kongsikan disini.












Pesawat Trans Asia Terhempas Di Sungai Keelung

Read More

Zahuri Harun merupakan seorang pelukis yang bergerak secara indie. Karyanya jelas sekali mempunyai jiwa apabila Zahuri mampu menangkap moment ditambah dengan permainan perspektifnya yang cukup menarik.

Zahuri kelihatan bijak dalam bermain mood dan suasana. Berikut adalah beberapa karya yang diselitkan dilaman Facebook dan Instagram beliau.

Karya Zahuri Harun dipercayai mempunyai jiwa yang amat kuat sehingga dia juga tidak memerlukan image dari kamera cukup imaginasinya digunakan untuk di keluarkan kepada kertas.






Ayuh kenali Zahuri lebih dekat di projek Kampung krew beliau

Zahuri Harun Karya Mempunyai Jiwa

Read More

Sunday 1 February 2015




Mereka memakai kalungan bunga dan herba pada badan, nampak tidak berbahaya, tapi sebenarnya puak yang tinggal di kawasan pergunungan Habala itu digeruni polis tempatan.

Terentang di kawasan sempadan Arab Saudi - Yaman, mereka hidup dengan peraturan sendiri, tidak tunduk kepada sesiapa - termasuk kerajaan.



Komuniti berasal dari Tihama dan Asir itu digelar “lelaki bunga” kerana masih mempertahankan amalan tradisi memakai kalung bunga yang diamalkan lebih dua milenium lalu.



Seorang pengembara dan jurugambar, Eric Lafforgue berkata, komuniti itu pernah menyebabkan pergolakan di rantau berkenaan, terbabit dalam peperangan rentas sempadan dan mengganas terhadap pihak yang cuba memasuki kawasan mereka.



“Dulu orang asing langsung tidak dibenarkan memasuki kawasan mereka.



“Beberapa kampung hanya boleh diakses melalui tali,” katanya.



Golongan wanita pula, kata Lafforgue, biasanya menyembunyikan diri jika tempat itu didatangi pelawat.



Katanya, kalungan bunga di kepala lelaki Habala sebenarnya menyembunyikan keganasan mereka.



“Untuk kali pertama dalam hidup, saya melihat polis lengkap bersenjata begitu takut kepada orang awam di kawasan terpencil,” katanya.



Seorang pakar antropologi dari Perancis, Thierry Mauger, yang melawat puak terbabit pada 1990-an mendakwa dia hampir menjadi mangsa rogol lelaki bunga.

Lelaki Bunga Yang Ditakuti Polis Tempatan

Read More